Satu lagi pusat penting semasa era pentadbiran BPSM ialah Pusat Perancang dan Pembangunan Tenaga Manusia (PERTAMA). Sehingga 31 Oktober 2001, PERTAMA telah berjaya menawar dan melatih sebanyak 7,260 orang dalam bidang kemahiran terutama sektor perhotelan, perladangan, perkayuan, teknikal dan sektor tidak formal seperti pemandu penyelam, dandanan rambut dan kecantikan, jahitan, kursus bahasa Inggeris dan sebagainya.
Apabila tanggungjawab PERTAMA untuk melaksanakan tajaan latihan kemahiran telah diambil alih oleh Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran (BTLK), Bahagian ini telah berjaya melatih sebanyak 14506 orang semenjak dari tahun 1988 sehingga tahun 2007.
Jadual 6: Jenis Kursus & Bilangan Pelatih Anjuran UPPTR, Tahun 1978-1987

Sebenarnya, JPSM melalui BTLK juga telah melaksanakan beberapa kursus resapan yang sebelum ini dilaksanakan oleh Unit Perancangan dan Pembangunan Tenaga Rakyat, Kementerian Alam Sekitar, Kota Kinabalu sejak tahun 1979 lagi. Kursus-kursus resapan adalah melibatkan kursus perhotelan dan pertanian (Penyelia Ladang dan Kadet Pertanian) seperti ditunjukkan dalam Jadual 6.

Berdasarkan satu kajian tinjauan terhadap pengunjung laman web JPSM tahun 2007-2008 yang membabitkan 420 responden (Hajimin maslin 2008), analisis mendapati 5 daripada 11 jenis kursus anjuran BTLK paling banyak mendapat undian atau paling diminati ialah kursus Perhotelan (37.38%), Pemandu Pelancong (13.57%), Menjahit Pakaian (11.90%), kursus Bahasa Jepun dan Korea (11.66%), dan Penerbitan Video (6.19%) manakala kursus Pembantu Rumah dan Keddi masing-masing mendapat undian 0.24% seperti ditunjukkan dalam Rajah Bar 2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan