Selasa, 14 April 2009

Mesyuarat akhir PERTAMA dan Norhayatie SSLG



Tanggal 14 April 2009, 9.00pagi, satu mesyuarat Bahagian akhir PERTAMA diadakan di tingkat 5 Wisma Bandaraya, sebelum bahagian ini diserap ke Bahagian lain dalam tempoh terdekat ini. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Maryo Ngasio, Timbalan Pengarah Kanan, JPSM.


Antara agenda mesyuarat dibincangkan ialah laporan kemajuan dapatan kajian pelaksanaan program latihan kemahiran dan kajian keperluan latihan dan sebagainya. Turut disentuh ialah tentang implikasi aktiviti kajian berikutan penstrukturan semula Bahagian PERTAMA.


Mesyuarat juga telah merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada Puan Norhayatie Mohd Ibrahim kerana sumbangan yang beliau berikan sepanjangan dua tahun perkhidmatan beliau di JPSM khususnya di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Tenaga Manusia (PERTAMA) di bawah Program Skim Sangkutan Latihan Graduan bagi tahun 2008/2009 yang akan tamat pada 15 April 2009 ini.



Selamat maju jaya...



Tiada ulasan: