Saya mengikuti bengkel Sistem Pengurusan Pangkalan Data pada 27 dan 29 April 2009. Turut mengikuti bengkel ini ialah En Maryo Ngasio, Timbalan Pengarah JPSM. Kursus ini sebenarnya diadakan selama 4 hari, iaitu bermula 27 berakhir 30 April tetapi atas masalah tertentu saya tidak dapat mengikuti dengan sepenuh masa.
Walaupun kursus ini merupalan peringkat asas, namun ianya baik kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan pengurusan pangkalan data. Cuma sedikit kedukaan ketika bengkel ini diadakan kerana bekalan elektrik
balik-balik terputus sahaja. Saya menganggarkan, masa pembelajaran sebenar ialah kurang 40%.
Cadangan ialah sepatutnya, pihak pengajur wajar menyediakan bekalan elektrik atau "penjana kuasa sendiri" kerana operasi bengkel melibatkan lebih 90% penggunaan bekalan elektrik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan