Isnin, 13 April 2009

Isu & cabaran 5: Gejala Sosial

Gejala sosial khususnya di kalangan remaja bukanlah perkara mudah didefinisikan kerana ianya berpunca daripada pelbagai sumber. Menurut Puan RAMLAH YONG, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Masjid (KESUMA) JAKIM pernah menyatakan remaja adalah seorang manusia yang berumur di antara 14 tahun sehingga 21 tahun dan antara punca utama gejala sosial adalah pengaruh persekitaran, pengaruh media massa dan elektronik eksploitasi terhadap wanita dan kebebasan remaja, didikan agama dan kasih sayang dari ibu bapa, terutamanya pengaruh globalisasi dan modenisasi.

Bentuk - bentuk manifestasinya melalui pengaruh globalisasi ialah remaja mudah terpengaruh dengan perkara baru dan trendy seperti mewarnai rambut, memakai anting-anting, memakai tattoo, pengambilan minuman keras, narkotik, pergaulan bebas sehingga kepada free sex (seks bebas).

Kemunculan teknologi media massa/internet dengan kemunculan versi baru berserta kecanggihannya akan memudahkan golongan remaja mudah akses kepada banyak maklumat termasuk maklumat yang tidak sesuai kepada golongan remaja. Oleh sebab sifat remaja yang ingin tahu dan mencuba, maka remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Misalnya paparan adegan-adegan negatif dalam filem, adegan ganas, adegan mengghairahkan dalam video cakera padat dan sesetengah program televisyen, video cakera padat (VCD), bahan-bahan pornografi juga mudah didapati melalui internet. Kesemuanya menjadi pendorong kepada golongan remaja untuk mencuba, akhirnya melangkah kepada era negatisme yang tidak lagi sama dengan amalan nilai-nilai tradisi.

Pengaruh modenisasi juga memberi satu suasana baru hari ini dengan segala bentuk tuntutan. Paling asas ialah menuntut masyarakat kepada kemewahan. Akibatnya mendorong untuk menjadi manusia yang individualistik dan materialistik, iaitu mementingkan kebendaan semata-mata. Untuk mendapatkannya, ketua keluarga akan memburuh kerjaya sehingga peranan sebagai ibu bapa kepada anak-anak akan terabai.
Sekarang tugas mendidik anak kebanyakannya diserahkan kepada pembantu rumah dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan, anak-anak boleh diberi sebanyak mana harta yang dimaunya tetapi perkara kasih sayang masih diletakkan pada tahap perkara kedua. Manusia yang Individualistik, akhirnya akan melahirkan anak-anak remaja yang terbiar dan juga terpelajar tetapi tidak bermoral dan berintegriti.

Lihat sahaja berapa ramai yang pada ketika dulu remaja dan kini telah menjadi pemimpin, akauntan, peguam tetapi moral mereka rendah. Perkara sumbang sana sini berlaku kerana memenuhi kebebasan dan kemodenisasian. Tidak kurang juga generasi-generasi mereka yang berkerjaya ini yang terdorong melibatkan gejala penagih dadah (contohnya kalau pelajar pintar dadah digunakan untuk rangsangan untuk belajar kerana dia tidak mahu tidur, akibatnya jadi gila), gejala lepak, gejala aksi seks pelajar di sekolah (disebabkan tekanan belajar, suka mencuba apa yang dilihat, pergaulan bebas, budaya kapul, pensyarah tidak kisah apa yang dilihat terhadap pelajarnya, berlaku cinta monyet, menunjuk-menunjukkan kehebatan terhadap rakan lain, akibatnya tidak ingat belajar, ada yang tidak balik rumah), gejala samseng dan buli di sekolah ( tunjuk kuasa dan biasanya ada penglibatan orang luar, sekolah dekat dengan kampung pembuli, geng sekolah berlawan dengan geng sekolah lain), gejala meniru budaya (perubahan fesyen, mencuba suatu yang baru,… tidak mahu ketinggalan, status konon, hebat, kesamsengan, pengaruh selebriti, ), gejala polarisasi kaum (lebih dikenali atau lebih disenangi kerana memahami budaya masing-masing) di IPTA dan pelbagai lagi yang disebabkan oleh pelbagai faktor yang bukan sahaja tidak dapat dikawal tetapi akibat kegagalan penguatkuasan sesuatu undang-undang di suatu kawasan yang terlibat.

Hasil tinjauan pengkaji terhadap pelajar IPT mengapa budaya lepak berlaku dikalangan mereka ? Lepak berlaku kerana tiada aktiviti, berelaan sesama kawan melakukan lepak, tekanan duduk di rumah kerana disuruh-suruh oleh ibu bapa membuat suatu pekerjaan, bosan duduk di rumah kerana tiada dibuat, ada kedai permainan, dan banyak tempat lepak. Penyelesaian ialah buatlah aktiviti yang menarik perhatian golongan remaja, contoh ekstrem game dan sebagainya.

Menurut, Mazlan Aliman, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, gejala sosial dalam masyarakat khususnya di kalangan remaja di negara ini sudah sampai pada tahap yang amat kritikal dan membimbangkan. Keruntuhan moral dan penglibatan remaja dalam pelbagai gejala seperti penagihan dadah, sumbang mahram, pergaulan bebas, ketagihan arak kian menjadi-jadi.

Antara penyebabnya ialah penganjuran pelbagai konsert hiburan daripada dalam dan luar negeri, kewujudan pusat-pusat hiburan tanpa kawalan dan pelbagai pesta maksiat, tiada golongan pemimpin politik dan tiada penguatkuasaan undang- undang telah memburukkan lagi keadaan”. Contohnya, serbuan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) di pusat hiburan Pub Zouk di Ampang Kuala Lumpur pada 13 Januari dan pesta arak di Genting Highlands pada 5 Mac baru-baru ini yang dihadiri oleh hamper 10,000 ribu remaja dari seluruh Negara.

Dalam usaha menangani gejala ini di Sabah, satu pelancaran menangani gejala social telah diadakan di Likas Sque Likas, dan penyerahan memorandum menangani gejala kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Tuan Hj Pangeran Nohin Pangeran Rauf di pejabatnya di Bangunan Wisma Muis. Memorandum itu diserahkan oleh Andy Alwi Asis dengan diiringi Mazlan Aliman, Ustaz Azman Nawawi dan beberapa orang Exco Pemuda Negeri pada kira-kira jam 10.00 pagi.

Antara tuntutan dalam memorandum itu ialah; meminta agar Jabatan Agama tidak tunduk dengan tekanan daripada mana-mana pihak dalam usaha menguatkuasakan perlaksanaan undang-undang Islam kepada sesiapa yang didapati bersalah. Ketika ditanya punca berlakunya gejala sosial yang melanda masyarakat hari ini, Pangeran Nohin memberitahu antara faktornya kerana sebilangan besar rakyat khususnya di negeri ini masih ketinggalan jauh dari segi kefahaman agama di samping faktor persekitaran.

Oleh itu katanya, bagi melahirkan masyarakat yang berilmu, pendidikan agama kepada golongan seperti ini perlu menjadi agenda utama agar mereka dapat mengenal antara dosa dan pahala. Nohin berkata “inilah kali pertama parti politik mengunjungi saya berbincang mengenai hal-hal sebegini.

Mengikut laporan Utusan Malaysia bertarik 4 Julai 2008, TIMBALAN Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung dalam sesi soal jawab di Parlimen menyatakan bahawa seramai 14,809 daripada 37,446 banduan di penjara di seluruh negara merupakan warga asing. Statistik ini menunjukkan lebih 60% banduan rakyat negara ini yang melakukan pelbagai gegala sosial.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gejala sosial juga berlaku kerana tidak dapat mengawal kemahuan hawa nafsu, akhirnya ada anak membunuh ibu dan ayah, suami membunuh isteri dan sebaliknya, membuang anak, membunuh anak dan berbagai lagi..