Perkhidmatan Pencari Pekerjaan adalah merujuk kepada fungsi utama Pusat Perkhidmatan Pekerjaan (PPP), JPSM. Sebagai merealisasikan objektif pusat, beberapa aktiviti dilaksanakan iaitu mendaftar para pencari kerja, membantu pencari kerja berdaftar di JPSM mendapat kerja, menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Sumber Manusia Daerah (JSMD), menjadi urus setia kepada “Road show”, mengadakan pameran JPSM, berperanan sebagai feeder kepada AKMA, Voutique of Fashion dan Cosmopoint untuk mendapatkan peserta kursus di institusi berkenaan, dan memberi khidmat kaunseling dan nasihat tentang kerjaya kepada belia-belia lepasan sekolah, serta membantu majikan sektor perladangan dalam “Direct Recruitment” kepada pengambilan tenaga kerja tempatan ke sektor perladangan.
Rajah Garisan 5:
Prestasi Pencapaian Perkhidmatan PPP Bagi Tahun 1988-2001

Bagi tempoh tahun 1988 sehingga 2001, Rajah Garisan 5 menunjukkan PPP ini telah berjaya menghubungi 1922 buah syarikat melalui surat, mengenal pasti sebanyak 54,535 kekosongan jawatan di sektor swasta dan berjaya mendaftar sebanyak 41,412 orang pencari kerja. Daripada jumlah tersebut sebanyak 12,306 (30%) pencari kerja dihantar untuk menghadiri temu duga pekerjaan, dan sehingga tahun 2002 sebanyak 7,334 (18%) orang pencari kerja, berjaya dibantu mendapatkan pekerjaan di sektor swasta (Hj Sudeli Sarpin, Taklimat Kepada Menteri PS&KTM, 2002).
Salah satu rancangan jangka panjang PPP dalam membantu para pencari kerja adalah membuka sebuah pusat perkhidmatan pekerjaan setempat atau “ Job Center” yang akan ditempatkan di ibu negeri. Aspirasi ini telah dapat direalisasikan, apabila YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman telah merasmikan “Sabah Job Centre” di bawah portfolio Kementerian Pembangunan Sumber Dan Kemajuan Teknologi Maklumat, pada 13 November 2007.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan