
Tanggal 7 -11 Disember 2009, saya dan En Maryo Timbalan Pengarah JPSM telah melakukan lawatan ke beberapa Ladang kelapa Sawit yang terdapat di Tawau, Kunak, Semporna, Lahad Datu dan Kinabatangan.
Ladang-ladang dan kilang-kilang yang dilawati ialah Kuala Lumpur Kepong di Sempurna, Balong

Palm Oil Sdn Bhd di Tawau, Asia Plam Oil dan Ladang Melewar di Kinabatangan-Lahad Datu, Borneo Semudara dan IOI di Lahad Datu, Giram Estet Sime Dabey di Kunak.
Menurut Agnes Tamim, Pegawai Sumber Manusia, HQ, Kuala Lumpur Kepong Berhad-KLK (East Malaysia Region) yang terletak di jalan Semporna. Dulu dikenali sebagai Kulumpang Development Corporation mempunyai beberepa estat di bawahnya iaitu Jatika, Pangeran, Pang Burong, Pinang, Ringlet Sigalong, Sri Kunak, Tundong, Buktit Tabin, Bornion, Rimmer, Segar Usaha Sg. Silabukan dan Tungku. Puan Zakiah Zainuddin salah seorang mantan graduan JPSM dalam bidang peladangan masih berkerja di estat Ringlet Sigalong. Beliau boleh dihubungi melalui telefon 089-854058.
Sebelum itu, ketika kami berada di Giram Estat, Encik Wahab Adi Kassah, menyatakan terdapat 4 estat terbesar menguasi beberapa ladang di pantai Timur Sabah, iaitu Kuala Lumpur Kepong (KLK), Sime Darby, Borneo Semudara dan Felda. Estet-estat di bawah Sime Darby ialah Mostyn, Giram Estate, Sungang Estate, Tingkayu Estate, Ladang Binuang, Tohun Sg Estate,, Madai Estate, Sy. Jelata Bumi Baturong, dan Sy. Jelata Bumi Tingkayu.
Sime Darbay